Monday, December 20, 2010

gifted?

talkin bout my family, I have a skillful fmily!! daddy aq seorang jurutera elektrik yang sangat berkebolehan tinggi,mama pula tukang jahit yang berpengalaman dan suka menggubah hantaran bersama kakak mimie yg juga kreatif dalam menjahit manik, abg kel berbakat dalam seni grafik dan mahir mengendalikan air-brush, abg kim pula seorang architect dan photographer yang sgt style. aku pula? duduk mengangkang di depan tv!! hahahaha.. aq tidak mempunyai sebarang kelebihan. even mak akutak tahu apa yang diminati oleh aq. aku ada cuba meniru watak2 kartun dalam komik. ada yang cantik dan ada juga sebaliknya.aku mengharapkan agar aku mendapat ilham jadi aku akan dapat menghasilkan hasil lukisan aku tanpa hasil peniruan. namun,
aku tidak dapat menyampaikan daya imaginasi aku di atas sehelai kertas. aku pernah menjahit manik dan mata lalat di baju kurungku sendiri. malang sekali ia menelan masa yang sangat panjang. aku hanya membantu mama ketika dy betol2 sesak. aku rasa tak guna kalau aku ada deretan A yang panjang berjela pada peperiksaan besar tapi sebaliknya aku tidak mempunyai sebarang minat maupun kelebihan. aku pun bukannya reti mengaplikasikan bende yang aq belaja kat sekolah ue. ade pun sikit je.tidak bergunalah ilmu itu kalau tidak digunakan. aku hanya berharap agar suatu hari aku akan menemui kebolehan aku. aku tak mau bekerja untuk menunjuk-nunjuk pada orang pangkat pekerjaan aku mahupun besar gaji aku. menjadi saintis,doktor,ahli korperat untuk orang lain semata-mata. yang aku harapkan, sebuah pekerjaan dimana aku seronok untuk bekerja dan mnjadi kepuasan buat aku. payment yang aku harapkan bukan la berpuluh ribu seperti yang orang lain harapkan. cukuplah sekadar menyenangkan kehidupan aku dan dapat aku hidop bersama keluargaku. dan paling penting, biarlah dari sumber yang halal.. aku hanya mengharapkan sebuah kehidupan yang senang, bukan bermaksud kaya-raya. Allah juga mengalakkan umatnya memiliki rumah yang luas serta keluarga yang baik. dalam erti kata lain juga, tiada pergaduhan yang besar dalam keluarga, perebutan kuasa dan harta yang sebenarnya melalaikan manusia. buat masa sekarang, kalau takde pilihan laen, aku nak belajar seni kulinari. itulah minat aku buat masa ni. sebenarnya, rezeki Allah itu ada di mana2. carilah ia dan berdoalah hanya pada yang MAHA ESA..

No comments:

Post a Comment